Tuesday, 17 July 2012

LAWAK LA............HA HA HA>>>>>>>>>>>HI>>>>>>>

Maharaja Lawak Mampu Mengesan Mentaliti Bawahan Orang Melayu

Sila lupakan wawasan 2020 dan improvise wawasan tersebut menjadi wawasan 3030 pula.Mentaliti minda ke 100 bukan ketiga memang merupakan makanan orang melayu malaysia.Aku ingatkan puak-puak yang tidak ada bapa dan ibu sahja yang mentaliti kelas bawahan sebegini iaitu anonymous tetapi yang ada nama pun juga memiliki mentaliti kepala batu zaman paleolitik.

Perlu bangga atau letak di bawah tangga?

Macam mana la orang nak percaya kan kita bila belum apa-apa sudah cepat melatah, bukan melatah seperti terkejut omak kau, yang menyebut pelbagai alat sulit tu tetapi melatah dalam erti kata menggelabah.

Cuba perhatikan contoh di bawah:

Video Maharajalawak Nabil Minggu Ke4
 
 
 
 
 
imaginasi yang terlampau bijak nabil berjaya memanipulasi otak 'sang kelembai'


Dari video ni ada satu komen di bawah video berkenaan yang ditaip oleh ' the97unknown',

AC mizal ni menyebok ah pergi mampos ah mizal

Budak melayu ni (gua dah check channel dia, name melayu) dia tak paham plot penceritaan sketsa nabil yang menggunakan ac mizal sebagai subjek tapi dengan melatah dan menggelabahnya berkata sedemikian.Dah tunjuk kebodohan bukan, macam anonymous yang tak paham parodi kat blog ni.

Contoh kedua:

Ini berlaku di fans page Tolong singkirkan amir dari Maharaja Lawak.Ada seorang cikaroo, oke jugak la cun hahaha.Dia post satu link blog entry dari tubelawak yang bertajuk 'amir maharaja lawak sebenarnya genius', mesti blogger pernah baca bukan sebab tubelawak ni otai di blog.

Ada seorang makhluk Tuhan bernama Muhammad Mu.., tanpa membaca isi entry tersebut terus menyalak

apa yang geniusnya buat lawak bodoh jer

Padahal dia tak baca lagi entry parody tersebut haha.Orang kita mudah betul membuat anggapan dan kesimpulan tanpa fakta dan mengikut emosi.Tidak menilai adakah ianya lawak atau hanya satira sudah serius tidak bertempat.

Tempat yang sepatutnya serius main-main tapi sebaliknya.

Gua buat artikel ni juga dari pemerhatian dari anonymous blog ini sendiri, dari mana-mana komen yang melibatkan orang kita di youtube mahupun mana-mana fans page di facebook.Orang melayu sama sahaja seperti yang di gambarkan oleh muhammad muza dan ali reza di atas (tapi tak tahu la kalau bukan nama melayu)

Gua pernah menetap di sydney lebih 6 bulan, mentaliti mereka cukup berbeza dengan kita.Amat-amatlah berbeza, kita ada al-quran sebagai panduan tetapi orang barat yang aplikasikannya sedangkan kita hanya temankan al-quran dan buku ilmiah kepada sawang-sawang dan habuk.

Mind-set boleh ubah mentaliti ini:
Mind-set orang melayu memang sukar diuji kerana mind-set mereka cukup kental (tapi kental bahagian negatif la).Sebagai contoh: contoh saja la, oleh kerana si amir ni yang memang bangang dalam buat lawak tetiba jadi power macam jozan dan jambu, tapi mind-set bahawa amir ni memang bangang dalam melawak tidak dapat mengubah tanggapan itu sebab mereka tidak open.

Sama seperti di zaman sekolah la juga, cikgu tanya siapa leh jawab soklan ni dan tiba-tiba ada seorang bangun angkat tangan.Apa yang dia dapat? Ejekan dan makian dari rakan sekelas.

Satu sahaja contoh yang gua nak bandingkan mentaliti orang sydney dengan orang kuala lumpur.Jika anda berkesempatan ke sydney dan ingin melintas jalan andalah priority diorang tapi di kuala lumpur, meskipun anda berada di zebra crossing anda akan di hon malah di maki lagi sedangkan orang sydney 10 meter lihat orang mahu melintas mereka akan memperlahankan kenderaan sebelum berhenti.Cuba kaji antara sydney dan kuala lumpur bandaraya mana yang lagi besar dan paling 'afdal' di diami.

Semuanya kerana mentaliti komuniti itu sendiri..


anda fikir anda faham Maharaja Lawak Mampu Mengesan Mentaliti Bawahan Orang Melayu? anda fikir sekali lagi..
 

ORANG MELAYU KITA............MENTAL........LITY LA...........

Mentaliti orang melayu yang berbaka Islam

Aku hanya sempat fikir 10 aje dalam masa setengah jam

1) Boleh dan sanggup beli dan langgan majalah kesayangan seperti majalah tentang dunia permotoran, tentang artis-artis Malaysia dan dunia secara konsisten tiap-tiap bulan, tapi kitab-kitab agama rm10 pun berkira nak buat koleksi.

2) Sanggup simpan duit untuk bercuti ke destinasi impian yang cecah ribuan ringgit, tapi nak simpan duit untuk ke Mekah menunaikan haji pun berkira

3) Sejarah tentang artis habis dihafalnya, tahu artis mana dah bercerai, nak bercerai, yang dah kahwin, yang kahwin 2, mana kena tangkap khalwat, juga tahu tarikh lahir artis kesayangan, tapi sejarah dan susur galur baginda Rasullullah SAW dan sahabat Nabi tak pernah berminat untuk ambil tahu.

4) Berpakaian menutup aurat mengikut syariat Islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, tapi pakaian yang mendedahkan aurat dikatakan mengikut arus pemodenan, baik bogel dan telanjang je terus, dah alang-alang nak dedahkan, dah alang-alang nak tunjuk, tapi malu pulak nak berbogel, padahal sama je konsepnya ye tak?

5) Ada yang sanggup bermasam muka dan langsung tak nak bercakap sekiranya dirinya ditegur tentang sesuatu kesilapan walaupun teguran itu secara membina, tapi sanggup pula tu berkawan dengan kawan-kawannya yang tanpa sedar dah kutuk dirinya kat belakang. Seorang kawan yang baik akan cuba bersusah payah sedaya mungkin untuk mengubah kita menjadi manusia yang bertakwa.

6) Sanggup menghabiskan duit gaji untuk perkara-perkara yang tak penting, tapi tak sanggup nak lebihkan bayar hutang atau cuba bersedekah. Sanggup lagi buat koleksi hutang, tapi liat dalam nak membayarnya, kemudian kelam kabut apabila dah kena perintah mahkamah.

7) Hal orang lain semua diambil tahunya, diselidikinya, tapi tak pernah cuba nak muhasabah diri sendiri. Lebih menyedihkan, dalam semua hal, cuma menyalahkan orang sekeliling tapi tak pernah menyalahkan diri sendiri.

8) Tak pernah rasa bersalah apabila sentiasa menyibukkan diri dengan hal duniawi, sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Bila ditanya tak takut mati ke, jawabnya takut, tapi tak ada sebarang usaha yang menunjukkan rasa takut pada mati.

9) Bercampur lelaki dan perempuan kononnya tidak membuat perkara yang tidak senonoh tidak mengapa walaupun boleh mendatangkan fitnah di mata orang lain.

10) Setiap kali tiba tahun baru, kebanyakannya hanya memasang azam yang berkisar tentang duniawi sahaja, jarang yang cuba berazam contohnya berpuasa isnin dan khamis sehingga ke akhir hayat atau cuba bersolat di awal waktu selagi bernyawa. Itu sekadar contoh azam

(entry ni untuk diri sendiri jugak)

Salam hari jumaat yang mulia, jangan lupa share khutbah Jumaat dengan aku
 

0 ulasan:




NGERINYA.........ISH>>>>>>>>>>ISH..........KEMALANGAN SEJUTA BELIA...........BAHAYA NIE.............KENA BUAT KAT SEPANG LA........................

HATI-HATI SEMASA MENONTON.....................


IKLAN YANG PERLUA ADA DI MALAYSIA.................BIKIN PANAS...........HAAA>>>>>>>>>>>>>.

IKLAN YANG PATUT ADA DIMALAYSIA




FITNAH................................AHHIR ZAMAN...................RENUNGKANLAH

FITNAH AKHIR ZAMAN


Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Bertaqwalah kepada Allah SWT dan ingatlah sekelian bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT semata-mata.
Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan agar pembangunan dan kemajuan di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:
"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."
Harta benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah SWT sekiranya di urus dan dijaga dengan baik dan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Seandainya harta benda dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik seperti yang dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang muslim dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT dan boleh berlaku kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai Muslim.
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemung-
karan dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :
1. Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Mempelajari Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman mereka dengan ajaran Islam
dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.
2. Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."
Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda, telahpun berlaku di dalam realiti kita hari ini. Ilmu telah diangkat atau ditarik balik. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu ad-din atau ilmu syarak yang boleh memandu orang Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Selain itu berlaku pembunuhan di sana sini.
Di dalam realiti sekarang, sungguh kurang ulamak-ulamak rabbaniyun (ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara' dan sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan baginda SAW dan khulafa ar-Rasyidin sebagai panduan dan ikutan mereka, beramal dengan panduan al- Quran yang berbunyi: "Sesungguhnya pada diri Rasul SAW itu ikutan yang baik bagi kamu" dan beramal dengan hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat dan janganlah lepaskan dia."
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’". Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu meraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW bermaksud:
"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."