Mentaliti orang melayu yang berbaka Islam
Aku hanya sempat fikir 10 aje dalam masa
setengah jam
1) Boleh dan sanggup beli dan langgan majalah
kesayangan seperti majalah tentang dunia permotoran, tentang artis-artis
Malaysia dan dunia secara konsisten tiap-tiap bulan, tapi kitab-kitab agama rm10
pun berkira nak buat koleksi.
2) Sanggup simpan duit untuk bercuti ke
destinasi impian yang cecah ribuan ringgit, tapi nak simpan duit untuk ke Mekah
menunaikan haji pun berkira
3) Sejarah tentang artis habis dihafalnya, tahu
artis mana dah bercerai, nak bercerai, yang dah kahwin, yang kahwin 2, mana kena
tangkap khalwat, juga tahu tarikh lahir artis kesayangan, tapi sejarah dan susur
galur baginda Rasullullah SAW dan sahabat Nabi tak pernah berminat untuk ambil
tahu.
4) Berpakaian menutup aurat mengikut syariat
Islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, tapi pakaian yang mendedahkan aurat
dikatakan mengikut arus pemodenan, baik bogel dan telanjang je terus, dah
alang-alang nak dedahkan, dah alang-alang nak tunjuk, tapi malu pulak nak
berbogel, padahal sama je konsepnya ye tak?
5) Ada yang sanggup bermasam muka dan langsung
tak nak bercakap sekiranya dirinya ditegur tentang sesuatu kesilapan walaupun
teguran itu secara membina, tapi sanggup pula tu berkawan dengan kawan-kawannya
yang tanpa sedar dah kutuk dirinya kat belakang. Seorang kawan yang baik akan
cuba bersusah payah sedaya mungkin untuk mengubah kita menjadi manusia yang
bertakwa.
6) Sanggup menghabiskan duit gaji untuk
perkara-perkara yang tak penting, tapi tak sanggup nak lebihkan bayar hutang
atau cuba bersedekah. Sanggup lagi buat koleksi hutang, tapi liat dalam nak
membayarnya, kemudian kelam kabut apabila dah kena perintah mahkamah.
7) Hal orang lain semua diambil tahunya,
diselidikinya, tapi tak pernah cuba nak muhasabah diri sendiri. Lebih
menyedihkan, dalam semua hal, cuma menyalahkan orang sekeliling tapi tak pernah
menyalahkan diri sendiri.
8) Tak pernah rasa bersalah apabila sentiasa
menyibukkan diri dengan hal duniawi, sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Bila
ditanya tak takut mati ke, jawabnya takut, tapi tak ada sebarang usaha yang
menunjukkan rasa takut pada mati.
9) Bercampur lelaki dan perempuan kononnya
tidak membuat perkara yang tidak senonoh tidak mengapa walaupun boleh
mendatangkan fitnah di mata orang lain.
10) Setiap kali tiba tahun baru, kebanyakannya
hanya memasang azam yang berkisar tentang duniawi sahaja, jarang yang cuba
berazam contohnya berpuasa isnin dan khamis sehingga ke akhir hayat atau cuba
bersolat di awal waktu selagi bernyawa. Itu sekadar contoh azam
(entry ni untuk diri sendiri jugak)
Salam hari jumaat yang mulia, jangan lupa share
khutbah Jumaat dengan aku
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Pautan pada catatan ini