KISAH NABI YUNUS a.s.
|
Beliau adalah Nabi yang mulia yang
bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata: "Janganlah kalian
membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata."
Mereka menamakannya
Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus
oleh Allah s.w.t kepada kaumnya. Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka
ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan
hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka
dengan syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka
hanya menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa
menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka.
Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau merasakan keputusasaan
dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah pada mereka namun mereka
tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk
meninggalkan mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman- Nya:
"Dan (ingatlah
kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka
bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam
keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
zalim.'" (QS. al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun
yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi Yunus selain Allah s.w.t. Nabi
Yunus tampak terpukul dan marah pada kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau
meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat
memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan keputusan-Nya
untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira
bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia
meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus seakan-akan lupa bahawa seorang nabi
diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t. Namun keberhasilan atau
tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya
berdakwah di jalan Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan
atau ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t semata.
Terdapat perahu yang
berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak
memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil
sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang
dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan
menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus
merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan
itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus
mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya.
Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki
perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahawa beliau
lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau
tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan
tidak ada seorang pun dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar
sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.
Si nahkoda perahu
bertanya kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?" Mendengar pertanyaan
itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk bepergian dengan
perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu yang lama?" Nabi
Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa takut, dan kegelisahan.
Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya: "Kita akan berlayar
meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan mencoba
sabar dan menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah engkau mendahului agar
jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata:
"Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika
melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi
bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab:
"Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus berkata: "Tidak
jadi masalah."
Nahkoda itu
memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang berpengalaman di mana ia
sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia
mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang
mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa
Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa Nabi Yunus
melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan kesalahan
kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta
kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari vang
biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya
dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan kuat untuk meninggalkan
negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.
Nahkoda itu
memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan ia menggigit
sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang
palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua
itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang naik dan terkadang
turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan bagiku kamarku.
Aku tampak letih dan ingin istirahat sebentar." Si nahkoda berkata:
"Memang itu tampak di raut wajahmu. Itu kamarmu," sambil ia menunjuk
dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur dan
beliau berusaha untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan
kecil yang hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur
dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa
dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya
berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya yang gelisah
itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan
atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai
mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang tergantung dalam
jiwaku."
Demikianlah, terjadi
suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus saat ia terbaring
di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras cukup memberatkannya sehingga beliau
pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan
tibalah waktu pasang. Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu
berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun
bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti
perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah angin yang cukup
kencang yang sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah
ombak yang cukup dahsyat laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak itu
meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.
Mulailah gelombang
ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu itu pun mulai terkena
air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus yang besar yang mulai
mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat perintah kepada ikan paus itu
untuk bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah
s.w.t dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti perahu itu
sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang keras tetap bertiup kemudian
kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban perahu dikurangi. Dan
angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan.
Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau
berusaha berdiri tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala perahu berteriak
dan berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya.
Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup
dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang
namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan."
Nabi Yunus mengetahui
bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak
perahu jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa
harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah
seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang
menganggap bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka
meyakini bahawa bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari tuhan. Oleh
kerana itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan
yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama
beliau dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan dilakukanlah
undian. Yang keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini
pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga.
Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus
harus dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan Nabi Yunus.
Nabi Yunus mengetahui bahawa beliau berbuat kesalahan ketika meninggalkan
kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak akan
menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya
tanpa izin-Nya. Allah s.w.t memberikan pelajaran kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di
samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak yang mengerikan.
Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya bulan. Bintang-bintang
bersembunyi di balik kegelapan. Warna air tampak gelap dan hawa dingin menembus
tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu
berteriak: "Lompatlah wahai musafir yang misterius." Tiupan angin
semakin kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau
menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun
dan berada di permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan paus
berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum kerana Allah s.w.t telah mengirim
padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah
ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam
keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat
terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke
dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan:
kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam.
Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan
panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih
hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis
dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat
beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk
bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan:
"Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya
aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di
perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah s.w.t. Ikan itu sendiri tampak
kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar
lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada Allah s.w.t. Beliau
tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak
makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan
tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup
di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan
paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu
dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih
dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan
Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara tasbih begitu riuh dan
gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang
dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya
bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama
mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang
menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia berkata dalam
dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah s.w.t yang memerintahkan aku untuk
memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang
kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi
hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan
dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci.
Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah s.w.t
melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar tasbihnya di dalam perut
ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan perintah kepada ikan itu agar
mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang
ditentukan oleh Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati
perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut ikan. Beliau
tampak sakit, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu.
Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu
menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah s.w.t menumbuhkan pohon
Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar
matahari. Dan Allah s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t
memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya
Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang
penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah
dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau
sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami
lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami
tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada
seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan
kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (QS.
ash-Shaffat: 139-148)
"Dan (ingatlah
kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu mereka
menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia
menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang
yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari
kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (QS.
al-Anbiya': 87-88)
Kita sekarang ingin
membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah
Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para
nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang
maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan
sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan celaan (hukuman). Jadi
masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t:
Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin
(orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t). Ini memang benar. Sekarang,
marilah kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang banyak
dipenuhi oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang
biasa atau oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu
kebaikan dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan
agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang
diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di
jalan Allah s.w.t dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau
hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam
kacamata para nabi - adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari
Allah s.w.t dan hukuman- Nya padanya.
Allah s.w.t memberikan
suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah s.w.t
mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan beliau tidak
perlu peduli dengan kaumnya yang tidak mengikutinya dan kerana itu beliau tidak
harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun
selama bertahun- tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman.
Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari
keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah s.w.t
sehingga datang perintah Allah s.w.t melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan
beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi
sebelumnya nescaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh
Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang
terjadi pada kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah
s.w.t berfirman:
"Dan mengapa
tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat
kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami
hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami
beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman.
Seandainya ia tetap tinggal bersama mereka nescaya ia akan mengetahuinya dan
hatinya menjadi tenang serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau
tergesa-gesa dan tentu sikap tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya agar
manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan mereka adalah sebagai
ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan mereka. Maka Allah s.w.t
menghukumnya dan mengajarinya bahawa tugas seorang nabi hanya menyampaikan
agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak
bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat
memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.