Sunday, 27 January 2013

RINGAN-RINGAN TAPI PENTING.................TAHUKAH ANDA????????????

RINGAN TAPI PENTING



1. S : Berapa jumlah Surah dalam al-Qur'an ?

J : 114 Surah

2. S : Berapa jumlah Juz dalam al-Qur'an ?

J : 30 Juz.

3. S : Berapa jumlah Hizb dalam al-Qur'an ?

J : 60 Hizb.

4. S : Berapa jumlah Ayat dalam al-Qur'an ?

J : 6236 Ayat

5. S : Berapa jumlah Kata dalam al-Qur'an ?, dan Berapa Jumlah Hurufnya ?

J : 77437 Kata, atau 77439 Kata, Dan 320670 huruf

6. S : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Qur'an ?,

J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun,
HamalatulArsy, dll.

7. S : Berapa Jumlah Sajdah ( ayat Sujud ) dalam al-Qur'an ?,

J : 14 Sajdah.

8. S : Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam al-Qur'an ?,

J : 25 Nabi.

9. S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam al-Qur'an ?, sebutkan.

J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd,
al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid,
al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun,
al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

10.S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam al-Qur'an ?, sebutkan.

J : 86 Surat, selain surah tersebut siatas.

11.S : Berapa Jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam al-Qur'an ?

J : 29 Surah.

12.S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan sepuluh saja.

J : Suarah Makiyah adalah Suarah yang diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am,
al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil,
al-Falaq.

13.S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah ?, sebutkan lima saja ?,

J : Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah,
al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.


14.S : Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam al-Qur'an ?

J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud,
Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib,
Idris, Muhammad, Saw.

15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam al-Qur'an?

J : Maryam binti Imran.

16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Qur'an?

J : Zaid bin Haritsah.


17.S : Apakah nama Surah yang tanpa Bamallah?

J : Surah at-Tawbah.

18.S : Apakah nama Surah yang memiliki dua Bamallah?

J : Surah al-Naml.


19.S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Qur'an?

J : Surah al-Kafirun.

20.S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Qur'an?

J : Surah al-Ikhlas

21.S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?

J : Surah al-Mulk.

22.S : Apakah nama Surah yang bila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang
minggu ?

J : Surah al-Kahfi.


23.S : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?

J : Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat No.255

24.S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?

J : Surah al-Fatihah Tujuh ayat.

25.S : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?

J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yang malakukan kebaikan sebiji sawi ia akan lihat,
Barang siapa melakukan kejahatan sebiji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.

26.S : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya ?

J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat Berapa ?

J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dapat mengantarkannya masuk
kedalam surga ?
J : Ayat Kursi.

29.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa ?

J : Ayat :( فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

30.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan disurah apa ?
apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di Surah apa ?

J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dalam Surah al-Muthafifin
ayat No. 10.

31.S : Apakah Ayat terpanjang dalam al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa ?

J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.

32.S : Apakah Ayat terpendek dalam al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa ?

J : Ayat No. 1 surah Thaha.

Saturday, 26 January 2013

BELIA............FIKIR-FIKIRKAN LAH.......

Pertubuhan belia bukan lubuk cari pengaruh politik



 
PULAU PINANG - Pertubuhan belia perlu diterajui oleh pemimpin yang bebas daripada unsur menjadikannya sebagai lubuk untuk mencari pengaruh atau sokongan politik.Presiden Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang (MPKRPP), Datuk Ariff Shah Omar Shah berkata, mentaliti berkenaan bukan sahaja akan menghakis semangat kepimpinan muda tetapi merencatkan fungsi sesuatu pertubuhan belia.

Ini kerana katanya, peluang untuk berorganisasi akan dimonopoli oleh golongan yang berjuang untuk kepentingan peribadi sekali gus menyebabkan pertubuhan tersebut tidak mampu berfungsi dengan berkesan.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Pemikiran golongan belia tidak harus diracuni dan dicemari oleh ahli politik yang mementingkan diri dan bukannya berusaha memperkasakan golongan belia.

"Jika dibiarkan, pertubuhan belia hanya akan jadi alat dan boneka tanpa mampu mencapai apa-apa. Apa guna kalau kita ada banyak pertubuhan belia tetapi hanya seperti itu sahaja," katanya.

Ariff Shah berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Mesyuarat dan Perhimpunan Tahunan Majlis Belia Daerah Timur Laut kali ke-27 di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban di sini hari ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Timur Laut, Rusli Ismail.

Menurut Arif Shah, sekitar 1960-an dahulu pertubuhan belia dijadikan tapak utama untuk mencungkil bakat kepimpinan politik di kalangan generasi muda.

Tetapi menurut beliau, keadaan berbeza pada masa sekarang apabila pemimpin politik pula yang terjun ke dalam pertubuhan belia.

"Saya fikir pendekatan sekarang harus dikaji semula. Bukan kita mahu menolak apa yang ada sekarang ini tetapi kita harus kembali kepada pangkal dan asas.

"Pemimpin belia perlu digerakkan supaya aktif dan kemudiannya baru menyertai bidang politik tanah air. Dengan asas begini kita mampu melahirkan seorang pemimpin pelapis yang kuat, mantap dan berdisiplin," katanya.

Sunday, 20 January 2013

Maulidur Rasul.....


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.